Wednesday, December 7, 2011

Warga zionis bakar Masjid dan 2 buah kenderaan


NABLUS - Warga zionis dari golongan pelampau telah menyalakan api di dalam sebuah masjid di daerah Buruqin, barat Salfit, utara Tebing Barat. Pelampau zionis turut membakar dua buah kenderaan milik penduduk Palestin.

Penduduk kampung di daerah berkenaan menyebut bahawa pelampau zionis menyerbu masuk ke daerah Buruqin pada waktu awal pagi dan menyalakan api di dalam Masjid Ali Bin Abi Talib.

Tambah lagi dari saksi kejadian, Masjid Ali Bin Abi Talib yang terletak di pertengahan kampung dibakar dari berbagai sudut. Malahan sebuah kereta yang diparkir di hadapan Masjid juga dibakar.

Sebelum pelampau beredar, saksi-saksi menerangkan bahawa pelampau zionis membakar pula sebuah kapal korek(case). Sumber 07/12/2011, web berita Palestine 1948 dan berita AL-JAZEERAH

No comments:

Post a Comment